KULIT BERMINYAK JGN PAKAI PELEMBAB??BETUL KE??
INGAT!! SMUA ITU MITOS OK!!!
Mengetahui jenis kulit kita adalah faktor utama untuk mendapatkan rutin penjagaan kulit yang sesuai. Tetapi, ada 1 jenis kulit yang ada bnyak mitos tentang bagaimana menjaganya iaitu kulit berminyak. Antara mitos yang paling dipercayai dalam penjagaan kulit muka berminyak adalah TAK BOLEH PAKAI PELEMBAB!!!
Permasalahan
lain adalah ramai salah diagnose kulit sendiri dan menyangkakan yang
mereka mempunyai kulit jenis berminyak padahal bukan. Soalan yang patut
kita tanya diri sendiri adalah adakah kulit kita berminyak dengan
banyaknya atau haya sekadar kilatan sahaja? Ada orang salah faham antara
kulit glowing atau kulit berminyak (Sila lihat beza di antara dua
gambar di atas) dan mereka terus pakai pembersih muka jenis mengeringkan
untuk membuang minyak di muka. Buat pengetahuaan semua, sekiranya
keseluruhan muka berminyak, selepas sejam membasuh muka, ya ianya kulit
berminyak. Jika hanya T-zone, ianya jenis kulit kombinasi.
MITOS : TAK BOLEH PAKAI PELEMBAB
Mereka yang
mempunyai kulit jenis berminyak menyangka mereka perlu sentiasa
bersihkan muka untuk membuang minyak dan tak perlukan pelembab. Ianya
sama sekali tidak benar. Apa yang perlu dilakukan ialah jauhi pelembab
yang terlalu pekat, seperti mengandungi shea butter atau petrolatum.
Ianya boleh menyebabkan sebum yang terlalu banyak.
Percaya atau
tidak, pelembab sangatlah diperlukan bagi mereka yang mempunyai kulit
jenis berminyak kerana ia memerlukan kelembapan sepertimana jenis kulit
yang lain. Terutamanya mereka yang menggunakan pembersih yang kuat serta
tinggi bahan kimia untuk merawat kulit berjerawat/berminyak.
Pembersih
sebegitu akan menghilangkan lembapan semulajadi kulit dan mengeringkan
kulit. Hasilnya, kulit bertindakbalas dengan mengeluarkan minyak dalam
usaha menangani kehilangan lembapan yang masih ada dalam kulit dan
menjadikan kulit semakin berminyak dari sebelumnya. Kesan yang lebih
teruk adalah ia akan mengganggu kitaran semulajadi penghasilan minyak.
Minyak dari
kelenjar sebum sebenarnya menyediakan linciran pada kulit, bukan
melembab. Minyak dikeluarkan dari liang roma untuk melincirkan kulit
sekaligus mengekalkan lembapan semulajadi kulit. Jadi, Menggunakan
pelembab yang dibuat khas untuk kulit berminyak dapat membantu
menghidrat kulit dan mengurangkan pengeluaran minyak sekaligus
mengurangkan kilatan pada muka kita.
Pilihlah pelembab yang berformula ringan, bebas minyak, noncomedogenic dan mengandungi salicylic acid
yang membantu menghalang pengeluaran minyak. Dengan pemakaian pelembab
setiap hari, penghasilan minyak dapat dikawal. Dapatkan nasihat daripada
perunding kecantikan untuk mengetahui pelembab mana yang paling sesuai
untuk kulit kita. Pelembab Mary Kay memenuhi keperluan setiap jenis
kulit. Jika ingin mencuba secara PERCUMA, boleh hubungi/sms/whatsp 019-3989448 untuk set temujanji.
Anda akan dapat rasekan perbezaannya!!!...
Untuk free consultation n free trial product...hubungi saya:
019-3989448
nanie
Senior Beauty Consultant
Mary Kay
Comments
Post a Comment