MASALAH JERAWAT???
Salam buat wanita yg tgh membaca post ini..
Tahniah kerana anda mengambil berat tentang kulit anda!!
Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua satu masalah kulit yang orang paling tak suka terutamanya wanita iaitu JERAWAT
Apa yang anda tahu tentang jerawat???
Adakah anda mengkaji sebab terjadinya jerawat sebelum menggunakan sebarang produk penjagaan kulit??
Kebanyakan
daripada kita realitinya tidak suka mengkaji dan membaca terlebih
dahulu.. tetapi percaya 100% kepada testimoni produk segera..
Jika kulit anda tidak mempunyai masalah mungkin boleh dapat kesan segera seperti yang dijanjikan oleh produk berkenaan..
TETAPI
Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kebarangkalian kulit anda menjadi lagi PARAH adalah TINGGI..
Di sini saya kongsikan bagaimana jerawat boleh terhasil.. Rajin-rajinlah membaca ye.. Semoga berguna buat anda semua..

Jerawat
terbentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersumbat di dalam
liang pori kulit disebabkan liang pori kulit tidak dibersihkan dengan
baik. Kulit mati pada tubuh kita juga akan terhasil 2 hari sekali yang
mana ianya juga boleh terperangkap di dalam liang pori kulit jika tidak
dibuang..
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terhasilnya jerawat...
1. Hormon
Hormon Androgen
mempengaruhi kalenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih
banyak sebum pada usia remaja. Sebab itu ramai di kalangan wanita yang
pada usia remaja dan awal dewasa akan kerap mengalami masalah jerawat.
2. Bakteria
Bakteria
Propionibacteruim Acnes banyak terdapat pada kulit berjerawat yang mana
makanannya adalah sebum dan sel kulit mati pada permukaan kulit.
3. Pemakanan
Diet mempunyai
kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan walaupun diet tidak
dapat dibuktikan secara terperinci penyebab kepada terjadinya jerawat.
Ini kerana insulin adalah hormon terpenting dalam badan kita yang boleh
mempengaruhi hormon-hormon lain yang ada.
4. Tekanan
Tekanan yang
melampau boleh menyebabkan radang jerawat. Ini kerana apabila kita
menghadapi tekanan, adrenalin serta hormon androgen akan dikeluarkan
dengan berlebihan dan menyebabkan jerawat terjadi.
5. Alat Solek
Alat solek
bukanlah punca utama kepada masalah kulit. Tetapi jika kulit tidak
dibersihkan dengan baik terutamanya sebelum tidur, ia boleh memburukkan
lagi keadaan jerawat kerana di waktu malam kulit akan bekerja.
6. Matahari
Haba yang
dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit berpeluh dan berminyak
secara berlebihan seterusnya menyumbat liang pori kulit.
Anda tidak perlu risau kerana kulit masih boleh dirawat..tetapi ia mengambil masa untuk sihat sepenuhnya..
Mary Kay ada set rawatan jerawat iaitu Acne-Prone Skin yang
mana formulanya terdiri daripada ekstrak jambu batu yang mana kita
sedia maklum jambu batu mempunyai khasiat yang tinggi untuk membantu
mengecilkan pori-pori yang besar disamping menyerap minyak yang
berlebihan.
Jadi, rajin2 la menjaga kebersihan muke kita ye!!

Jika ingin mengetahui lebih lanjut boley hubungi saya
Nanie
019-3989448
Perunding Kecantikan Mary Kay
Comments
Post a Comment