JAMINAN PRODUK MARY KAY
Satu produk yang boleh anda yakini
Jaminan Produk Mary
Kay ialah satu bukti kepada kualiti tinggi semua produk Mary Kay. Ia
dicipta begitu rupa supaya anda boleh berasa yakin bahawa produk yang
anda beli ini adalah antara yang TERBAIK di pasaran. Kami komited untuk
menawarkan produk berkualiti tinggi yang akan memuaskan permintaan
setiap wanita hari ini!
Keselamatan produk adalah keutamaan kami.
Pada tahun lazim,
Mary Kay Inc. membelanjakan jutaan dolar untuk menjalankan lebih
daripada 300,000 ujian bagi memastikan bahawa setiap produk Mary Kay®
memenuhi piawaian tertinggi dari segi keselamatan, kualiti dan prestasi.
Pakar-pakar sains menilai setiap satu ramuan dan setiap produk akhir.
Semua
ujian yang ketat, pengujian semula, dijalankan atau diselia oleh
ahli-ahli Makmal Penyelidikan & Pembangunan Mary Kay, termasuk
ahli-ahli sains berkelulusan Ph.D. dan ijazah lanjutan yang lain dalam
bidang toksikologi, farmakologi, mikrobiologi, kimia dan biokimia.
Setiap keputusan produk adalah berdasarkan fakta saintifik, bukan pandangan.
Mary
Kay Inc. bersandar pada bukti penyelidikan saintifik yang menggunakan
teknologi paling maju yang boleh didapati, dan Syarikat tidak akan
menggunakan sebarang ramuan sehingga ujian kami telah membuktikan ia
selamat dan berkesan digunakan.
Pakar-pakar
dermatologi dan perubatan lain yang disahkan Lembaga Bebas memainkan
peranan yang amat penting dalam pengujian produk.
Ujian
klinikal dijalankan di makmal bebas di mana sukarelawan menggunakan
produk Mary Kay® di bawah penyeliaan dan penilaian ketat oleh satu
lembaga pakar dermatologi dan oftalmologi yang sah. Mary Kay Inc. juga
menjalankan ujian makmal secara ekstensif untuk menentang kerengsaan dan
alergi kulit serta menggunakan kaedah yang tercanggih untuk menilai
semua produk yang akan digunakan di bahagian mata.
Semua produk penjagaan kulit dan kosmetik dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan dan keselamatan kerajaan.
Sebelum
sebarang produk dibenarkan di pasaran, ia mesti lulus keperluan
keselamatan kerajaan yang ketat. Sebagai soal prinsip, Mary Kay Inc.
sentiasa melangkaui apa yang diperlukan oleh undang-undang apabila ia
berkaitan dengan keselamatan produk.
Mary Kay Inc. tidak menjalankan ujian haiwan.
Mary
Kay Inc. tidak pernah menjalankan, atau meminta bagi pihaknya untuk
menjalankan sebarang ujian produk atau ramuannya pada binatang dan telah
bersumpah tidak akan melakukannya pada masa akan datang.
Jaminan Kepuasan
Jika
atas sebarang alasan pelanggan anda tidak berpuas hati sepenuhnya
dengan mana-mana produk Mary Kay, ia akan digantikan tanpa bayaran,
tukar ganti atau harga beli penuh dikembalikan berikutan barang belian
itu dikembalikan kepada Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay® yang sah
atau jika dia tidak aktif lagi, kepada Syarikat berserta dengan bukti
pembelian.
Jika ingin mencuba produk Mary Kay secara PERCUMA, sila hubungi
Nanie
019-3989448
Perunding Kecantikan Profesional Mary Kay
Comments
Post a Comment